Buletin

LELAKI SAMAN HARLEY-DAVIDSON. MODEL ELECTRA GLIDE CLASSIC KUAT BERGOYANG, SEBABKAN KEMALANGAN

Seorang lelaki dari North Carolina, Amerika Syarikat dilapor menyaman Harley-Davidson kerana mendakwa motosikal jenis Electra Glide Classic tahun 1999 membuatkannya terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan serius. 

William Rouse menunggang motosikal milik bapanya pada April 2018, sebelum jentera itu bergoyang teruk dan membuatkannya hilang kawalan.

Rouse mendakwa kecacatan pada rekaan Electra Glide Classic menjadi punca dia kemalangan dan bukannya cara dia menunggang. 

Dikenali sebagai ‘death wobble’ (goyangan yang membawa maut), ia bukanlah satu istilah baru. Sebaliknya ia menjadi antara punca kepada sejumlah kemalangan melibatkan motosikal bersaiz besar, di mana berat dan agihan ballast boleh menyebabkan jentera bergoyang dan memberi ketidakselesaan kepada penunggang. 

Rouse percaya masalah ini berpunca daripada reka bentuk Electra Glide Classic yang tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi kecacatan itu sudah lama dan sepatutya diambil serius serta diperbetulkan oleh pihak Harley-Davidson. 

Biarpun begitu, Rouse mengakui memang sukar untuk membuktikan kecacatan tersebut menjadi punca kemalangan. Ini kerana ia turut melibatkan faktor-faktor lain seperti permukaan jalan, kelajuan, tekanan tayar, agihan berat yang tidak sekata dan sebagainya. 

Ubah suai pada lengan ayun atau penyerap hentak juga boleh mengubah karekteristik serta prestasi jentera berkenaan. 

Namun, Rouse menegaskan bahawa terdapat banyak kemalangan melibatkan model ini. Malah motosikal itu memang terkenal dengan masalah ‘death wobble’, walaupun ketika ditunggang pada kelajuan sederhana. 

Apa-apun pun, good luck Mr. Rouse!  

Google ads
Back to top button