" "
Buletin

200 UNIT HYUNDAI STARIA 10-SEATER TERJUAL DALAM BULAN PERTAMA DILANCARKAN

Hyundai-Sime Darby Motor Sdn Bhd (HSDM) mengumumkan bahawa 200 unit MPV Hyundai Staria 10-seater telah terjual sepanjang bulan pertama pelancarannya. 

MPV yang sesuai untuk kegunaan keluarga dan korporat itu tampil dengan rekaan luaran futuristik. Lebih menarik lagi, ia dilengkapi sistem keselamatan SmartSense yang merangkumi Forward Collision-Avoidance Assist, Lane Keeping Assist, Safe Exit Assist, Lane Following Assist, Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist dan banyak lagi. 

Dengan pelbagai ciri kemudahan seperti pintu gelongsor kuasa, pintu belakang pintar, port pengecasan, tempat duduk boleh dilipat penuh, Android Auto/Apple CarPlay tanpa wayar dan tinted premium 3M, Staria memang menawarkan keselesaan serta kemewahan kepada semua. 

“Kami menjangkakan permintaan terhadap Staria 10-seater akan terus meningkat hingga ke tahun depan. Kami sangat gembira dengan maklum balas positif yang diterima daripada pelanggan. 

“Memandangkan bekalan terhad dan kumpulan seterusnya hanya akan tiba pada awal tahaun 2023, sekarang adalah masa terbaik untuk anda membuat tempahan,” kata Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung.  

Hyundai Staria 10-seater didatangkan dalam tiga varian iaitu Lite, Plus dan Max. Ia hadir dalam warna hitam mutiara, putih, perak metalik, biru dan kelabu. MPV itu boleh anda miliki pada harga bermula RM179,888 seunit. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.hyundai.com.my/showroom/staria/ 

Google ads
Back to top button