
EMOS TAWAR KHIDMAT TUNDA PERCUMA UNTUK JENTERA KAWASAKI DAN MODENAS REBADGE
Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) kini menawarkan khidmat bantuan tunda bagi pemilik jentera Kawasaki melalui Multi Auto Rescue Sdn Bhd (MASA) berkuat kuasa 1 November 2022.
Perkhidmatan itu ditawarkanpada kadar yang lebih rendah dan mudah sebagai perlindungan tambahan ketika kerosakan. Pemilik akan menerima bantuan 24 jam daripada pihak pakar dalam masa yang singkat.
Khidmat bantuan itu adalah percuma bagi motosikal jenama Kawasaki dan Modenas rebadge yang dikilangkan pada tahun 2022 dan didaftarkan pada 1hb Ogos 2022 dan seterusnya.

Berikut merupakan servis serta terma dan syarat yang telah ditetapkan di bawah program tersebut:
- Khidmat tunda percuma sejauh 100km pergi balik, di seluruh Malaysia, termasuk bandar- bandar utama di Sabah dan Sarawak.
- Sarawak – Kuching, Bintulu, Sibu, Miri, Sri Aman
- Sabah – Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Lok Kawi, Sandakan, Tawau, Kota Murudu, Ranau, Kundasang, Keningau, Lahad Datu, Labuan, Papar
- Untuk tundaan yang melebihi 100km, bayaran sebanyak RM2.00 akan dikenakan bagi setiap kilometer.
- Khidmat tunda meliputi segala jenis kerosakan yang berpunca dari enjin/motor mahupun kemalangan.
- Setiap ahli akan menerima empat (4) kali servis bantuan tundaan percuma dalam masa setahun.
- Khidmat servis ini sah dalam tempoh setahun SAHAJA selepas tarikh didaftarkan.
“EMOS sentiasa mencari peluang dan cara baharu untuk memberikan perkhidmatan tambah nilai kepada pengguna-pengguna motosikal kami. Kami tahu tidak ada penunggang yang mahu berjalan sambil menolak motosikal berat mereka, malah ada yang terpaksa meninggalkannya apabila terkandas d itepi lebuh raya.
“Justeru, kami menumpukan lebih masa dan sumber dalam memastikan pelanggan dapat menerima bantuan tunda dengan pantas, cekap dan selamat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan.
Pemilik motosikal jenama Kawasaki dan Modenas “rebadge” yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian bebas tol Kawasaki Roadside Assistance 24/7 di 1-800-88-0008. Maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Kawasaki
http://www.kawasaki.com.my/home atau Kawasaki WhatsApp Careline 019-570 8135.