Buletin

4 ORANG BOLEH NAIK 1 KERETA MULAI HARI INI. TETAPI MESTI SERUMAH

Kerajaan membenarkan empat orang menaiki sebuah kereta mulai hari ini, tetapi keempat-empat iindividu tu mestilah dari sebuah rumah yang sama. 

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hariannya di Putrajaya. Biarpun kelonggaran diberi, mereka yang ingkar PKP akan tetap diambil tindakan. 

Ini merupakan kelonggaran seterusnya yang diberikan oleh pihak berkuasa. Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula-mula dikuat kuasa, hanya seorang dalam satu kereta dibenarkan. 

Menjelang akhir PKP fasa 3, kerajaan memberi kelonggaran kepada dua orang satu kereta dan pasangan boleh membeli barang keperluan. an. 

Malaysia kini memasuki fasa keempat PKP ketika jumlah jangkitan wabak COVID-19 masih berlaku. Semalam (3 Mei 2020), Malaysia mencatat 122 kes baharu, 87 pulih dan dua kematian.  

Dalam perkembangan berkaitan, pengangkutan awam seperti bas dan kereta api sudah boleh beroperasi bermula 7  hingga 11 pagi. Menurut Prasarana Malaysia, lanjutan tempoh wakktu puncak sebelah pagi itu dibuat tanpa mengabaikan aspek penjarakan sosial. 

Justeru, ia akan menempatkan petugas di pintu masuk serta platform untuk perkhidmatan tren dan bas bagi memastikan penumpang kekal berdisiplin. 

Prasara juga berharap majikan dapat mengikut saranan kerajaan untuk menyediakan jadual anjal kepada pekerja masing-masing. Sekali gus dapat mengurangkan kesesakan di stesen bas dan tren. 

Google ads
Back to top button