Buletin

LANGGAR LOCKDOWN SEBAB SELAMATKAN ULAR TEDUNG

Gelombang kedua pandemik Covid-19 menyebabkan negara India melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengelk penularan wabak berkenaan.

Bagaimanpun, satu insiden berdekatan Mysore, Karnataka menjadi viral di alam maya.

Ia berikutan sepasukan polis menahan seoraang penunggang motosikal yang melanggar PKP berdekatan sekatan jalan raya dan dia memberikan alasan agak pelik.

Menurut ciapan Twitter yang dikongsi seorang wartawan, lelaki berkenaan memaklumkan pihak polis dia terpaksa keluar untuk melakukan perkhidmatan perlu iaitu menyelamatkan ular.

Lelaki berkenaan memberitahu pihak polis dia baharu sahaja pulang dari menyelamatkan seekor ular tedung di kawasan perumahan.

Apabila pihak polis meminta menunjukkan bukti, dia mengeluarkan sebuah kotak plastik daripada beg sandangnya dan memang terdapat seekor ular tedung.

Pihak polis yang melihat ular tedung itu dari jarak jauh tidak teragak-agak melepaskan lelaki terbabit selepas mendengar penjelasannya. -cartoq

Google ads
Back to top button