Buletin

PKP: 3 ORANG JE DALAM KENDERAAN PERSENDIRIAN, TEKSI DAN E-HAILING

Bilangan individu dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

“Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Dine-in atau makan di restoran dan kedai makan adalah tidak dibenarkan.

“Penjualan makanan secara pandu lalu dan bungkus adalah dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau menegaskan majikan diwajibkan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa.

“BDR sektor awam ditentukan oleh garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa,” katanya.

Google ads
Back to top button