Buletin

INI INTIPATI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT. BERMULA ISNIN DEPAN

Hari ini, kita menyambut Hari Buruh. Pagi tadi, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas membuat pengumuman yang nyata melegakan semua orang.

Menurut beliau, kerajaan menghargai sumbangan semua pekerja awam dan swasta walaupun tiada sambutan peringkat kebangsaan tahun ini.

Selain mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga pekerja di Malaysia, Muhyiddin juga menyatakan bahawa pengorbanan sepanjang PKP tidak sia-sia, jumlah kes baharu semakin menurun dan kes sembuh terus meningkat.

Justeru, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai Isnin depan (4 Mei 2020). Langkah itu perlu diambil berikutan negara rugi sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang PKP. Setakat ini, jumlah kerugian sudah mencecah RM63 bilion.

Antara intipati PKPB adalah seperti berikut:

📌 Kerajaan sedia membuka semula aktiviti ekonomi secara terkawal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Jadi, hampir semua jenis perniagaan di benarkan kecuali perniagaan yang membabitkan ramai orang seperti pawagam, kelab malam, pusat rekreasi, konsert dan lain-lain.

📌 Aktiviti sukan yang melibatkan seorang atau beberapa orang seperti joging, berbasikal, golf dan badminton juga dibenarkan. Sementara sukan yang melibatkan ramai penonton seperti bolasepak masih tidak dibenarkan.

📌 Pergerakan rentas negeri termasuk pulang ke kampung untuk Aidilfitri tidak dibenarkan.

📌 Aktiviti keagamaan  yang melibatkan ramai orang tidak dibenarkan.

Solat berjemaah dan tarawih masih tidak boleh dijalankan. Begitu juga dengan rumah terbuka ,solat raya atau sebarang aktiviti yang melibatkan perhimpunan.

📌 Semua sekolah, kolej juga masih belum boleh dibuka.

📌 Kedai makan/restoran boleh beroperasi dengan membenarkan pelanggan makan tetapi dengan syarat yang ketat termasuk pematuhan jarak sosial di meja makan ,tempat beratur .Bagaimanapun dicadangkan pembungkusan sebagai  jalan terbaik.

📌 Majikan dinasihat laksana waktu kerja anjal, elakkan ramai pekerja dalam waktu yang sama. Mesyuarat digalakkan di buat secara persidangan video.

📌 Bagi sektor awam, petugas digalakkan bekerja dari rumah kecuali tugas yang memerlukan keberadaan di pejabat.

📌 Cecair pembasmi kuman di syorkan lebih banyak di sediakan di stesyen minyak.

Tags
Google ads
Back to top button