Buletin

PENUNTUT MAUT JATUH BELON UDARA PANAS PADA KETINGGIAN 10 METER

Penuntut universiti meninggal dunia selepas terjatuh dari belon udara panas pada ketinggian 10 meter di bandar Zhuzhou di sini, Jumaat minggu lalu.

Penuntut lelaki itu yang bekerja sambilan dengan syarikat mengendalikan festival belon udara Youyi Manor sebelum itu dilihat bergayut di tepi bakul.

Belon itu akhirnya didaratkan namun selepas penuntut terbabit jatuh.Jurucakap Kelab Sukan Udara Lexiang mengesahkan kejadian dan mangsa merupakan pekerja sambilan kelab itu dan kali pertama mengurus kumpulan pelancongan.

Disebabkan Covid-19, tidak banyak operator belon udara panas beroperasi, maka pengendali mengambil penuntut universiti sebagai pekerja sambilan.

“Kami melatih mereka proses pelepasan dan pendaratan yang betul, namun mangsa mungkin tidak patuh prosedur itu.

“Dia seperti tidak memberi perhatian apabila terus memasuki bakul belon dan terbang,” kata jurucakap kelab itu. – agensi

Google ads
"
"
Back to top button