Artikel PilihanBuletin

HONDA CIVIC TYPE R 2023 TERBARU DIUJI. TAPI SATU EKZOS?

Sifir Honda mudah saja, kalau Honda Civic sudah dilancarkan maka tak lama lagi kita akan menyaksikan model paling Civic paling sport iaitu Honda Civic Type R akan dilancarkan tidak lama lagi. Terdapat beberapa laporan yang menyebut bahawa Honda Civic Type R ini merupakan versi terakhir yang menggunakan enjin pembakaran

Bagi model Civic Type R 2022, ia masih menggunakan enjin 2000cc turbo K20C namun dengan 320 kuasa kuda dan dipadankan bersama transmisi 6 kelajuan manual. Model baru ini akan dibangunkan dengan menggunakan kerangka hatcback serta platform baru yang memiliki ketegaran tinggi berbanding model lama

Jarak antara roda akan dipanjangkan sedikit serta kedudukan tayar dikeluarkan sedikit daripada cesi agar lebih lebar dan stabil. Sistem suspensi akan dinaiktaraf kepada sistem yang lebih canggih, lebih sporti tapi mengekalkan ride & handling yang bagus serta lebih selesa

Sistem penyerap hentak boleh laras telah dinaiktaraf dengan sistem baru dengan keupayaan untuk mengubah kekerasan penyarap hentak dalam masa 20 kali dalam masa sesaat bergantung pada keadaan permukaan jalan. Dalam aspek geometri suspensi, Type R baru akan menggunakan getah pelapik yang lebih keras, ball joint dengan geseran rendah bagi membenarkan selekoh diambil laju, kurang olengan cesi serta cengkaman tayart permukaan jalan lebih baik

Honda Civic Type R ini akan dikeluarkan di fasiliti Honda di Indiana, Amerika disebabkan rancangan mereka untuk menutup fasiliti pengeluaran Honda di Swindon, UK akan diteruskan. Namun seperti biasa, jurutera Honda memilih untuk membangunkan Type R ini di Litar Nurburgring di Jerman dan sebuah unit ujian telah berjaya dikesan

Unit ujian ini tampil dengan radiator yang lebih besar seolah memberikan tanda lebih banyak kuasa akan dihasilkan, 2 corong ambilan udara untuk sistem penyejukan brek, lampu LED sepenuhnya, tayar berjenama Michelin, serta dilengkapkan dengan brek Brembo serta rotor brek dengan ciri lubang udara ditebuk secara melintang

Namun agak pelik kerana hanya satu ekzos sahaja dipasang dibahagian belakang berbeza dengan 3 ekzos pada model sekarang. Ciri lain seperti antena radio sirip jerung dan juga spioler besar di bahagian belakang turut dipasang mewarisi rekaan Civic Type R generasi sebelumnya.

Bagi menampilkan imej agresif, bahagian fender tayar direka dengan lebih menonjol keluar berbanding dengan model lama. Setakat ini Honda menolak khabar angin yang menyatakan Type R akan dikeluarkan dalam versi sedan, ditawarkan dalam varian pacuan semua roda serta menggunakan teknologi hibrid

Walaubagaimanapun Honda tidak menolak kemungkinan bahawa model selepas tahun 2023 akan dihasilkan dengan teknologi hibrid bagi memastikan ia melepasi peraturan pencemaran udara yang semakin ketat terutama dengan pengenalan peraturan udara Euro7

Google ads
Back to top button