Buletin

BINTANG TARZAN:THE EPIC ADVENTURES MAUT PESAWAT CESSNA TERHEMPAS

Peneraju utama Tarzan : The Epic Adventures, Joe Lara dan isterinya bersama lima yang lain maut selepas pesawat dinaiki mereka terhempas ke dalam sebuah tasik di Nashville, Amerika Syarikat (AS).

Pelakon berusia 58 tahun itu menaiki pesawat Cessna 501 bersama isterinya, Gwen Shamblin Lara ketika ia terhempas ke dalam Tasik Percy Priest di luar Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Rutherford.

Joe dan Gwen serta lima individu lain dilaporkan menaiki pesawat terbabit dari Lapangan Terbang Smyrna di Nashville menuju ke Palm Beach, Florida.

Kesemua mayat dan bangkai pesawat telah diambil daripada lokasi kejadian.

“Seramai tujuh orang menaiki pesawat yang terhempas itu dan kesemua mereka disahkan mati,” demikian kenyataan yang dikeluarkan pegawai daerah Rutherford.

Joe sebelum ini membintangi siri televisyen Tarzan daripada 1996 hingga 1997.

Rancangan itu yang hanya ditayangkan satu musim memfokuskan tentang karakter Tarzan ketika zaman kanak-kanaknya.

Joe juga sebelum ini pernah menjadi pelakon utama bagi filem televisyen Tarzan in Manhattan.

Dia berkahwin dengan Gwen pada 2018. -thesun/agensi

Google ads
Back to top button