Buletin

50 JUTA COROLLA TERJUAL, MODEL PALING POPULAR DI DUNIA!

Di dalam pasaran segmen C tempatan kita dapat disaksikan Honda Civic adalah model paling popular. Di mana-mana sahaja ada Civic dan model ini turut popular untuk diubah suai.

Bukan sahaja Civic biasa, varian berprestasi Type R juga popular di kalangan peminat automotif.

Bagaimana pula di peringkat dunia? Dipegang oleh Toyota Corolla yang merupakan model paling popular di dunia dengan jualan kumulatif berjumlah 50 juta unit!

Dalam tempoh 54 tahun sejak Corolla diperkenalkan satu daripada negara yang menyumbang kepada populariti tersebut ialah Australia.

Bukan setakat jualan, negara itu berjaya mencatatkan pelbagai lagi rekod pertama untuk Corolla.

Toyota Corolla KE10 – Generasi pertama

Lebih daripada 1.5 juta unit Corolla berjaya dijual di sana dan pengguna di sana sememangnya gemarkan jenama Toyota apabila HiLux bertahun-tahun menduduki tangga kenderaan terlaris.

Satu lagi fakta menarik ialah Australia adalah destinasi eksport pertama Corolla apabila 15 buah Corolla KE10 1.1L dua pintu dihantar dari Jepun pada November 1966.

Selepas itu setiap generasi Corolla tidak pernah ketinggalan untuk dipasarkan dan diterima baik oleh pengguna di sana.

Rasanya apakah faktor kejayaan Corolla? Mestilah ketahanan dan boleh diharap.

Toyota Corolla Generasi ke-2 1970

Selain pasaran eksport, Toyota juga memilih Australia sebagai negara pertama di luar Jepun untuk memasang Corolla pada tahun 1968.

Sehingga tahun 1999, lebih daripada 666,000 Corolla dikeluarkan di tiga buah kilang iaitu di Port Melbourne, Dandenong dan Altona.

Pada September 2007, jualan Corolla di Australia mencecah sejuta unit selepas 40 tahun generasi pertama diperkenalkan.

Corolla terus digemari pengguna di Australia sehingga menjadi kereta penumpang terlaris sejak lapan tahun dahulu.

Toyota Corolla Generasi ke-3 1975

Kejayaan manis Corolla dalam sukan permotoran turut direkodkan di Australia.

Pada perlumbaan Hardi-Ferodo 500 tahun 1968 di Bathurst, Corolla berjaya menjuarai satu kategori perlumbaan yang merupakan kemenangan pertama model itu di arena antarabangsa.

Kemenangan itu merupakan titik tolak penggunaan lebih serius Corolla dalam sukan permotoran Australia termasuk menang Kejohanan Rali Australia tahun 2008 oleh Neal Bates dan Coral Taylor.

Di peringkat antarabangsa, Corolla memahat sejarah pada tahun 1997 dengan menjadi kereta paling popular di dunia  dan pada tahun lalu lebih daripada 1.1 juta pelanggan memilikinya.

Toyota Corolla Generasi ke-7 1974 Australia

Corolla dijual di lebih 150 negara dan pasaran dan kira-kira sebuah unit terjual pada setiap 28 saat pada tahun lalu.

Dengan jualan yang begitu tinggi, berapa banyak kilang yang mengeluarkan Corolla?

12 kilang di serata di dunia iaitu di Jepun, Brazil, Venezuela, China, Pakistan, Afrika Selatan, Taiwan, Thailand, Vietnam, Turki, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Sejak dari awal lagi, Corolla dibangunkan untuk menjadi sebuah kereta mampu milik, selamat, cekap, praktikal dan seronok untuk dipandu.

Toyota Corolla Generasi ke-11 2012

Kesemua faktor ini terutama sekali ketahanan dan boleh diharap berjaya memenangi hati ramai pelanggan di serata dunia.

Jurutera pertama Corolla iaitu Tatsuo Hasegawa sebenarnya adalah seorang bekas pereka kapal terbang.

Beliau mahu membangunkan sebuah kereta yang selesa, senyap, mampu milik, selamat dan dengan gayaan sporti.

Dilancarkan di Jepun pada tahun 1966, Corolla generasi pertama tampil dengan elemen sporti seperti garisan lembut pada rekaan badan dan garis bumbung ala semi-fastback.

Dari situ, Corolla melalui pelbagai gayaan evolusi dan revolusi seiring dengan zamannya dan terus berjaya memikat hati pelanggan.

Toyota Corolla Generasi ke-12

BACA: FAKTA PENJAGAAN TOYOTA WISH SEPET. AE20 2009

BACA: TOYOTA YARIS ECOVAN. ANGKUT BARANG DENGAN PENUH GAYA. ENJIN HIBRID, BERMULA RM117K

BACA: 5 CIRI TERSEMBUNYI TOYOTA HILUX. PATUTLAH KAKI OFFROAD SUKA

Galeri 12 generasi Toyota Corolla (Model berbeza mengikut pasaran):

Google ads
Back to top button