Buletin

AGIHAN PERMIT AP KENDERAAN AKAN JALANI PROSES LEBIH KETAT

Kerajaan mengumumkan bahawa Permit Import (AP) akan diteruskan di Dasar Automotif Negara 2020 (NAP 2020), tetapi perlu menjalani proses pengagihan yang lebih ketat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bekal melaksanakan mekanisme yang lebih baik.

Ia bertujuan memastikan hanya syarikat yang benar-benar layak mendapat manfaat.

“MITI tampil dengan mekanisme baru untuk AP. Jadi, hanya syarikat yang berkaliber dan memiliki perniagaan lebih tersusun akan menerima AP.

“Kerajaan mahu penerima AP menyumbang kepada sektor automotif negara,” kata Madani ketika menyampaikan taklimat prestasi automotif 2019 dan prospek 2020.

MITI juga akan menubuhkan jawatankuasa khas yang akan memantau dan mengaudit AP. Audit yang ketat akan dilaksanakan ke atas penerima AP bagi memastikan ia memberi manfaat kepada semua.

Sumber: Berita Harian

Google ads
Back to top button