
GARA-GARA DOUBLE-PARK, CALL 80 KALI TAK DIJAWAB, WANITA TERPAKSA PERGI HOSPITAL NAIK GRAB
Gara-gara parkir berlapis, seorang wanita terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk pergi ke hospital selepas kenderaannya di halang oleh kenderaan lain.
Menerusi akaun TikTok @Alepdepay, wanita itu dilihat mundar-mandir, menunggu pemilik kenderaan itu mengalihkan keretanya.
Bagaimanapun, penantiannya sia-sia kerana individu itu tidak muncul untuk mengalihkan keretanya.

Kerana kecewa, wanita itu meninggalkan sekeping nota penuh sindiran pada cermin Honda City warna hitam yang menghalang keretanya.
“Disebabkan saya ada emergancy dekat hospital, kereta Honda hitam awak jadi penyebab saya tak boleh nak kemana-mana.
“Terima kasih sebab tinggalkan nombor telefon tapi call 80 kali tak jawab-jawab. Awak memang terbaik!,” katanya.

Disebabkan itu, wanita berkenaan akhirnya terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke hospital.
Video berkenaan telah ditonton lebih 1.5 juta kali dan pelbagai reaksi ditunjukkan oleh netizen di ruangan komen.
“Lain kali tolong call majlis perbandaran, towing terus biar kena bayar denda,” tulis netizen.
“Akal budi dan adab susah nak dapat sekarang.”
Komen lain, “kalau saya, safety boots dekat cermin dah.” – NST
- BACA: SAMA TAPI TAK SERUPA, MECIDES TIRU MODEL POPULAR UNTUK KAUM ‘ASAL ADA’
- BACA: TOYOTA HILUX DUAL-CAB BERKUASA HIDROGEN DIPERKENALKAN DI THAILAND, BAKAL DIPRODUKSI SECARA TERHAD
- BACA: SYARIKAT MOTOSIKAL ELEKTRIK CAKE JATUH MUFLIS
- BACA: APA BEZA SEGMEN A, B, C & D? SAIZ DAH HAMPIR SAMA SEKARANG. MAKIN PENING







