Buletin

SAMA TAPI TAK SERUPA, MECIDES TIRU MODEL POPULAR UNTUK KAUM ‘ASAL ADA’

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pembuat kereta China telah mengorak langkah dalam membuang stereotaip peniru dengan membina reka bentuk asli berkualiti tinggi.

Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak syarikat menghasilkan tiruan model popular dan memanfaatkan undang-undang hak cipta yang lemah di China.

Mecides (macam pernahku dengar, tapi di mana, ya?), jenama baharu yang membawa replika ke tahap baharu dengan barisan trak elektrik mini dan SUV yang menyerupai model terkenal.

Kepelbagaian replika dalam barisan Mecides sangat luas, dari model mewah, trak lasak dan kereta arus perdana serta SUV.

Walaupun ia tidak akan menipu sesiapa pun, persamaan mereka dengan jenama lain yang jauh lebih mahal adalah menarik perhatian.

Sebagai contoh, meskipun Bugatti masih belum mendedahkan model berprestasi tinggi baharunya, Mecides MBJD telah melangkah untuk mengisi kekosongan itu.

Bahagian hadapan model ini mendapat inspirasi daripada Bugatti 16C Galibier Concept 2009, menampilkan gril krom yang besar dan dipadankan bersama LED serba canggih.

Bahkan, model replika hasil kerja Mercides tidak kelihatan seperti kereta mainan – sekurang-kurangnya apabila dilihat dari jauh.

Sekarang, kita alihkan perhatian kepada model arus perdana paling menonjol iaitu Mini Countryman John Cooper Works.

Saiznya lebih hampir kepada Mini berbanding Countryman generasi kedua, dengan hud pendek dan lampu besar memberikan rupa yang comel.

Contoh ketara lain ialah VW ID.4 dan klon Smart #1 elektrik sepenuhnya, di mana bahagian dalamnya dilengkapi dengan kokpit digital yang mencerminkan gaya model masing-masing.

Walau bagaimanapun, anda tidak seharusnya menaruh harapan untuk menaiki model tiruan murah China ini kerana ia hanya menggunakan bahan plastik serta upholsteri murah.

Untuk kuasa pula, ia dijana oleh motor elektrik tunggal yang menghasilkan 13hp dan 8Nm tork, pek bateri berkapasiti 26kWj, dengan jarak gerak jauh lebih rendah berbanding model sebenar.

Oleh itu, Mecides menawarkan pelbagai pilihan jarak pemanduan bagi dua model klon ini, didakwa meliputi jarak antara 300 km hingga 800 km.

Butiran harga tidak didedahkan secara terbuka oleh Mecides, tetapi syarikat itu dikatakan sedang menerima banyak pesanan untuk dipenuhi.

Tak cukup dengan itu, jika anda fikir Mecides menyelamatkan rakan senegaranya, anda silap, kerana mereka turut meniru beberapa model Jetour, Tank, Dongfeng, Wuling, Hongguang (Mini EV) dan BYD (Dolphin).

Google ads
Back to top button