Buletin

BOS MARii DAN 8 YANG LAIN DITAHAN SPRM BERKAIT KES PROJEK BERNILAI RM85 JUTA 

Sembilan individu, termasuk seorang ‘Datuk’ telah ditahan reman untuk membantu dalam satu kes rasuah melibatkan projek bernilai RM85 juta berkaitan sebuah institut automotif. 

Pengarah Kanan bahagian operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Tan Kang Sai mengesahkan penahanan tersebut. Semua sembilan suspek ditahan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009. Mereka semua termasuk seorang wanita ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. 

Empat daripada mereka merupakan pemilik syarikat, empat lagi suspek terdiri daripada seorang perunding perubatan, akauntan, pengarah syarikay,  ketua pegawai eksekutif serta seorang ketua pegawai operasi. 

Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim mengeluaran arahan reman di antara tiga dan enam hari ke atas semua suspek yang berusia di antara 34 hingga 58 tahun itu. 

Menurut sumber, dua orang suspek lelaki yang direman enam hari dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM14.9 juta daripada suspek-suspek lain sebagai balasan untuk mendapatkan satu geran untuk syarikat masing-masing menerusi tiga syarikat lain di antara tahun 2018 dan 2020. 

Menurut laporan BebasNews, ‘individu penting’ dalam Institut Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan beberapa pegawainya ditahan reman selepas  SPRM melakukan serbuan ke atas institut itu kelmarin.

Untuk makluman, MARii ialah sebuah agensi yang ditubuhkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI). Ia berperanan untuk memacu pembangunan sistem pintar strategik dan operasi melalui pemanusiaan dan penggunaan platform pintar, aplikasi dan teknologi digital seperti Analisis Data Besar dan Kepintaran Buatan.

Ibu pejabat MARii terletak di Cyberjaya, Selangor dan dibuka kepada orang ramai, pemain industri dan ahli akademik untuk membincangkan rancangan, strategi dan aktiviti dalam meningkatkan industri automotif negara.

Google ads
Back to top button