Buletin

TOYOTA HILUX DUAL-CAB BERKUASA HIDROGEN DIPERKENALKAN DI THAILAND, BAKAL DIPRODUKSI SECARA TERHAD

Toyota HiLux dual-cab berkuasa hidrogen baru-baru ini telah diperkenalkan di Thailand, di mana model itu meminjam komponen daripada bahagian UK, sementara bahagian sel bahan api hidrogen daripada sedan Mirai.

Tidak jelas sama ada ia akan dikeluarkan secara besar-besaran, tetapi laporan mendedahkan bilangan terhad mungkin dibina untuk percubaan di Thailand.

Toyota HiLux dual-cab berkuasa hidrogen adalah berdasarkan facelift 2024 untuk rangkaian HiLux diesel, tetapi ada beberapa penambahan seperti gril dengan warna badan, pelekat ‘FCEV’ serta kemasan biru pada rim aloi.

Saiz adalah sama dengan Toyota Hilux Revo Double Cab 4 pintu standard. Panjang dari bampar hadapan ke hujung bampar belakang ialah 5,325mm, lebar 1,900mm, tinggi 1,815mm dan mempunyai jarak roda 3,085mm.

Di bahagian dalam, ia adalah serupa dengan ute standard, selain daripada huruf ‘FCEV’ di bahagian pemuka, brek tangan elektrik automatik dan gear selector daripada sedan hidrogen Mirai.

Secara mekanikal, HiLux FCEV versi konsep berkongsi teknologi janakuasa sel bahan api dengan sedan Mirai, menurut Headlight Mag.

Tiga silinder hidrogen dengan kapasiti tujuh liter memberikannya jarak pemanduan yang didakwa sehingga 600km.

Walaupun berkongsi teknologi dengan Mirai, tidak diketahui sama ada ia mempunyai output 134kW/300Nm yang sama.

Meskipun model ini seakan menjanjikan namun, mesti difahami bahawa ini adalah kereta prototaip yang masih belum dibangunkan.

Oleh itu, banyak perkara perlu diambil kira dan perjalanan untuk diproduksi secara besar-besaran masih panjang bagi Hilux FCEV ini.

Google ads
Back to top button