WRC2 2024 - OLIVER SOLBERG HEBAT DI BUMI SENDIRI. SYABAS ANAK MUDA!
Pemandu rali Sweden dalam kelas WRC2, Oliver Solberg menepati ramalan ku benar belaka apabila muncul sebagia pemenang di rumah sendiri Rally Sweden dengan bergaya.
Anak kepada lagenda Petter Solberg yang berusia 22 tahun itu tidak menghadapi masalah langsung ketika beraksi di rumah sendiri Rally Sweden. Jelas sekali Oliver Solberg mendahului kategori WRC2 sedari awal lagi malah berjaya memenangi 11 SS daripada 18 SS perlumbaan yang dipertandingkan. Oliver Solberg berjaya mencatatkan kelebihan masa yang cukup sensasi, 1 minit 19.7 saat meninggalkan Sami Pajari di tempat kedua untuk kategori WRC2.
Berpasangan Juruarah dari Britain, Elliott Edmondson jentera Škoda Fabia RS Rally2 yang dilengkapi dengan tayar Pirelli, Solberg mengetuai saingan Rally Sweden di hadapan kuartet GR Yaris Rally2 serba baharu Toyota untuk tahun 2024, diketuai oleh Sami Pajari dan Georg Linnamäe, untuk meraih kejayaan podium kedua dan ketiga dalam kategori WRC2.
Malah, ketika saingan pada hari Sabtu, Oliver Solberg telah pun selesa mendahulu pencabar beliau yang lain dengan kelebihan 29.4 saat.
“Hebat, hujung minggu dengan begitu orang ramai, keluarga dan rakan saya dan suasana,” kata Oliver Solberg. “Dalam perlumbaan pertama saya dengan Škoda Motorsport, untuk menang seperti ini adalah menakjubkan. Ia sejuk, hanya hebat. Elliott Edmondson, dan pasukan melakukan kerja yang hebat. Terima kasih juga kepada sukarelawan dan semua orang yang bekerja untuk Rally Sweden untuk membuat acara yang begitu hebat,” ujar beliau lagi.
Selain daripada Sami Pajari dan Georg Linnamäe yang memandu jentera baharu GR Yaris Rally2 untuk menduduki podium, kelibat jentera baharu untuk WRC2 ini juga dilihat agak mendominasi saingan pada Rally Sweden ini.
Roope Korhonen dan Mikko Heikkila yang keduanya dari Finland turut memandu GR Yaris Rally2 membuktikan bahawa model yang baharu sahaja mendapat kelulusan homoligasi untuk beraksi jelas dilihat sebagai pencabar baharu di kelas WRC2.
BACA : WRC2 2024 – YOHAN ROSSEL BANGKIT UNTUK MENANG DI MONTE CARLO