Buletin

ADA 4 BULAN LAGI NAK NIKMATI INSENTIF PENGECUALIAN CUKAI JUALAN KENDERAAN

Tinggal empat bulan lagi untuk rakyat Malaysia menikmati insentif pengecualian cukai jualan kereta ke atas pembelian keluaran tempatan atau import sedan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, menerusi Bajet 2022, telah melanjutkan tempoh insentif pengecualian cukai jualan kereta sehingga 30 Jun, 2022 bagi menggalakkan pemilikan kereta, merangsangkan pertumbuhan ekonomi tempatan dan memacu momentum perkembangan sektor automotif.

“Di bawah Bajet 2022, pengecualian cukai jualan kereta kekal seperti mana sebelum ini iaitu pengecualian cukai jualan 100 peratus ke atas kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD).

“Manakala, pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus diberikan ke atas kenderaan penumpang pemasangan luar negara (CBU) termasuk MPV (kenderaan pelbagai guna) dan SUV (kenderaan utiliti sukan) merangkumi CBU import baharu dan CBU import terpakai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-86 yang dikeluarkan pada Jumaat. – Bernama

Google ads
Back to top button