
Buletin
MITSUBISHI UMUM HARGA BAHARU SUV KOMPAK ASX, SUV OUTLANDER
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan harga baharu bagi SUV kompak ASX dan SUV Outlander sehingga 31 Disember tahun ini.
Pengurangan harga tersebut sejajar pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk model import sepenuhnya (CBU) bermula 15 Jun hingga 31 Disember 2020 ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Jumaat lalu.
Model | Harga Semasa (Semenanjung) | Harga Baharu (Semenanjung) | Harga Semasa (Sabah/Sarawak) | Harga Baharu (Sabah/Sarawak) |
Outlander 2.4L | RM152,888 | RM147,762 | RM153,901 | RM148,683 |
Outlander 2.0L | RM137,888 | RM133,491 | RM139, 031 | RM134,530 |
ASX 2WD | RM118,866 | RM111,628 | RM120,964 | RM113,535 |
ASX 4WD | RM133,336 | RM125,182 | RM135,435 | RM127,090 |