" "
Buletin

ELON MUSK PERLU BAYAR CUKAI RM63.3 BILION. PALING TINGGI DALAM SEJARAH AS

Ketua Eksekutif Tesla, Elon Musk dilapor perlu membayar cukai paling besar dalam sejarah Amerika Syarikat melebihi AS$15 bilion (RM63.3 bilion) untuk tempoh beberapa bulan akan datang.  

Musk sebelum ini ada bertanyakan kepada 62.7 juta pengikutnya di Twitter sama ada dia patut menjual 10 peratus sahamanya dalam Tesla.

“Biar apapun keputusan kaji selidik ini, saya perlu menjual saham pegangan saya,” kata Musk selepas undian menujukkan 58 peratus penyokong, manakala 42 peratus lagi berpendapat sebaliknya.  

Individu paling kaya di dunia itu kini didakwa membayar cukai yang sangat kecil sejak beberapa tahun lalu. Pada tahun 2012, Musk diberi sebanyak 22.8 juta saham Tesla sebagai sebahagian daripada pelan pampasan kerana dia tidak mengambil sebarang gaji atau bonus tunai.

Kekayaannya datang daripada pemberian saham dan peningkatan harga saham Tesla. Pada 2012, harga saham Tesla hanya $6.24 (RM26.30). Kini harganya melonjak kepada AS$1,222 ($5,156) sesaham. Ini bermakna keuntungan saham Musk mampu mencecah AS$28 bilion (RM118 bilion).  

Tesla baru-baru ini mendedahkan bahawa Musk telah membuat pinjaman dengan bank dan menjadikan sahamnya sebagai cagaran. Jadi, dia perlu menjual sejumlah saham untuk membayar pinjaman tersebut.

“Jika harga saham Tesla menurun, Musk akan diminta oleh bank untuk menjual saham miliknya. Sebarang penjualan saham ini akan membuat harga saham semakin menurun,” kata Tesla dalam satu nota kepada Suruhanjaya Sekuriti Amerika.

Sehingga kini, Musk tidak mengesajkan jumlah cukai yang perlu dibayar. “Sila ambil perhatian. Saya tidak mengambil sebarang gaji atau bonus. Saya hanya ada saham, jadi ia akan menjadi satu-satunya cara untuk membayar cukai,” tulisnya di Twitter.

Memandangkan ketua pegawai eksekutif mempunyai masa yang terhad untuk menjual saham, maka Musk dilihat perlu mula melaksanakan penjualan pada suku keempat 2021 sebelum sahamnya tamat tempoh.

Google ads
Back to top button