Buletin

PENGECUALIAN CUKAI JALAN UNTUK EV DAN PCEV HINGGA 2025 

Dalam pembentangan Bajet 2022 lalu, Kerajaan ada mengumumkan pengecualian cukai jalan untuk kenderaan elektrik selama dua tahun.

Namun, timbul rungutan daripada industri dan pembeli kerana EV mereka tidak dapat didaftarkan berikutan timbul kekeliruan dari segi jumlah cukai jalan yang perlu dibayar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kini, segala kekeliruan itu tamat apabila Kementerian Pengangkutan mengumumkan bahawa semua EV layak untuk menerima pengecualian cukai jalan bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025. 

Permohonan pengecualian yang dibuka bermula 15 Februari itu bagaimanapun hanya melibatkan EV atau kenderaan dengan sel bahan api (FCEV) sahaja. Jadi, model hibrid atau plug-in-hybrid (PHEV) tidak akan menerima keistimewaan tersebut. 

Dalam pengumuman sama, pemilik EV atau PCEV yang telah melesenkan kenderaan mereka bermula 1 Januari 2020 boleh hadir ke kaunter JPJ untuk menyerahkan semula LKM masing-masing. Mereka akan menerima LKM baharu dan mendapatkan pemulangan semula wang yang telah dibayar sebelum ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, golongan kurang upaya (OKU) boleh memohon pengecualian cukai jalan bermula 15 Mac depan. Rebat tersebut yang digunakan pada kenderaan yang telah diubah suai untuk kegunaan OKU juga boleh dinikmati oleh ibu bapa, penjaga dan pasangan mereka. 

Google ads
Back to top button