Buletin

VETTEL, VERSTAPPEN TIDAK MAHU TERLIBAT DALAM F1 RUSIA

Sebastian Vettel berkata Grand Prix (GP) Rusia patut dibatalkan dan dia tidak akan berada di sana jika perlumbaan itu diteruskan.

Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine selepas diarahkan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang berhubung rapat dengan penganjur perlumbaan Formula Satu (F1) di negara itu.

Juara empat kali, Vettel berkata: “Saya tidak seharusnya pergi, saya tidak akan pergi. Ia adalah salah untuk berlumba di negara itu.

“Saya simpati dengan nasib orang yang tidak bersalah selepas menjadi mangsa korban kerana alasan yang bodoh.”

Vettel berkata Rusia mempunyai ‘pemimpin gila dan sangat pelik’.

Tambahnya dia terkejut dengan apa yang berlaku di Ukraine dan disebabkan itu “kita akan lihat apa yang akan berlaku pada masa depan, malah keputusan saya adalah muktamad untuk tidak berlumba di Rusia.”

Sementara itu, juara pemandu, Max Verstappen berkata apabila sebuah negara berada terlibat dalam peperangan, ia adalah tidak wajar untuk bertanding di sana.- carscoops/ HM

Google ads
Back to top button