Artikel Pilihan

8 KERETA INI DINOBATKAN ANTARA KERETA KUAT MINYAK DI DUNIA

Konflik bersenjata antara Ukraine dan Russia telah memasuki fasa baru apabila Russia mengerahkan pasukan bersenjatanya menceroboh Ukraine. Keadaan ini akan mencetuskan ketidakstabilan harga minyak mentah di pasaran dunia dimana harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$100.4 (RM421.41) setong.

Sekiranya anda memandu kereta kecil sahaja, maka usah risau sangat kerana perubahan harga minyak mungkin akan menjejaskan perbelanjaan anda secara minima. Tapi jika anda memandu kereta-kereta yang kami senaraikan di bawah ini, maka anda patut bimbang. Antara kereta yang kuat makan minyak termasuklah:

1. Toyota Tundra 4WD V8 2020- ibarat pikap Hilux tapi untuk pasaran Amerika kerana di sana saiz adalah segala-galanya. Walaupun dinobatkan antara trak pikap yang lasak, tapi Toyota Tundra generasi lama masih menggunakan enjin V8 5700cc manakala enjin baru menggunakan V6 3400 dengan hibrid yang leboh jimat

Enjin V8 5700cc 3UR-FE ini menjana 381 kuasa kuda mampu menarik beban sehingga 4700kg di bahagian belakangnya. Jadi tidak hairanlah penggunaan bahan api Toyota Tundra sangat tinggi, 7.2km per liter atas lebuh raya dan 5.5km di jalan bandar. Bagi model hibrid angka ini naik kepada 10km per liter

2. Lexus LX 570 2021- ia masih menggunakan enjin yang sama dengan Tundra, tapi disebabkan SUV Lexus ini sangat berat dan dipasang dengan bahan kedap bunyi ibarat studio, peralatan mewah ibarat kondo dan pelbagai aksesori lain menjadikan penggunaan bahan api SUV ini lebih teruk. LX 570 mencatatkan penggnaan petrol sekitar 6.3km per liter di lebuh raya dan 5.1km per liter di jalan bandar.

3. Ford F250 Super Duty 2020 – Ford berterus terang bahawa trak ini memang direka untuk menunda beban yang berat dan kerja-kerja lasak. Jadi ia dipadankan dengan enjin 6.2 SOHC V8 yang menghasilkan 385 kuasa kuda. Jadi tak hairanlah kalau raksasa ini hanya mampu menawarkan jarak terbaik sekitar 6.3km per liter sahaja. Nak hantar anak pergi sekolah pun termenung.

4. Jeep Gladiator Mojave 2020 – sebuah lagi SUV lasak datang dengan enjin V8 3.6 petrol dan digandingkan dengan transmisi 8 kelajuan automatik ZF bagi memaksimakan kecekapan bahan api. Tapi sayang disebabkan rekaannya yang besar, tinggi serta tidak aerodinamik menyebabkan Jeep mencatatkan bacaan terbaik sekitar 6.3km per liter petrol

5. Mercedes Benz G-Class 2019 – tahukah anda bahawa rekaan platform G-Class ini sudah mencecah hampir 40 tahun dan masih digunakan sehingga hari ini. Varian paling berkuasa datang dengan enjin V8 4000cc turbo yang menjana 416 kuasa kuda dan 610Nm tork dipadankan dengan transmisi 9 kelajuan automatik. Walau ada 9 gear, ia masih mencatatkan bacaan petrol sekitar 6.2km per liter.

6. Lamborghini Aventador 2021 – kalau dah nama supercar mestilah ia datang dengan enjin yang sangat berkuasa seperti Aventador ini. Ia dipadankan dengan enjin 6.5 V12 yang menghasilkan 730 kuasa kuda dan 690Nm tork. Jadi ia datang dengan tangki minyak sebesar 90 liter dan setiap liter minyak hanya mampu bertahan 5.5km di lebuh raya dan 3.2km di jalan bandar.

7. Rolls Royce Ghost – dibina atas platform sama dengan BMW 7 Series tapi dipasang dengan enjin 6.7 V12 yang menjana sehingga 563 kuasa kuda dan dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan automatik. Tapi berat Ghost mencecah sehingga 2267 kg sarat dengan pelbagai aksesori mewah menjadikan penggunaan bahan api adalah sekitar 5.1km bagi setiap liter petrol

8. Bugatti Chiron Pur Sport 2021- jika dibandingkan dengan versi sebelum ini, varian Pur Sport adalah 50kg lebih ringan. Sepatutnya menjadikan ia lebih jimat tapi Bugatti telah memasang satu GT wing besar di bahagian belakang bagi tujuan mendapat lebih banyak downforce. Ia dipasang dengan enjin 8.0, 16 silinder disusun dalam huruf W dengan 4 turbo bagi menjana 1500 kuasa kuda.

Jika dipandu di bandar, Pur Sport mencatatkan purata penggunaan bahan api sekitar 3.4 km per liter dan 4.25km di atas lebuh raya.

Kalau anda pakai kereta yang kami senaraikan di atas, boleh tahan juga kos penggunaan bahan api dia. Tapi seperti yang sedia maklum, kebanyakan pemilik kereta di atas memang berduit, setakat satu stesen minyak pun dia boleh beli satu setiap hari.

Google ads
Back to top button