Buletin

BAJET 2022: PENGECUALIAN SEPENUHNYA DUTI IMPORT, DUTI EKSAIS DAN CUKAI JALAN EV

Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan melihat potensi EV yang memiliki ciri-ciri energy efficient vehicle sebagai usaha meminimum pencemaran asap kenderaan ke udara.

“Pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus juga diberikan kepada kenderaan berkenaan.

“Di samping itu, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera di Dewan Rakyat.

Google ads
Back to top button