Buletin

BAJET 2022: PENGECUALIAN CUKAI JUALAN KENDERAAN PENUMPANG DILANJUT SEHINGGA 30 JUN TAHUN HADAPAN

Kerajaan akan melanjutkan pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang selama enam bulan sehingga 30 Jun tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata lanjutan berkenaan termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

“Ia melibatkan pengecualian 100 peratus cukai jualan bagi kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus kenderaan import sepenuhnya (CBU).

“Pengecualian cukai berkenaan akan dilanjutkan selama enam bulan sehingga 30 Jun tahun hadapan,” katanya ketika pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Google ads
Back to top button