Motosikal

AKHIRNYA BMW F 450 GS SERBA BAHARU DILANCARKAN – 48HP, 43NM

Selepas pelbagai teaser yang berjalan selama setahun, BMW Motorrad akhirnya melancarkan BMW F 450 GS secara rasmi di EICMA 2025. 

Seperti yang telah pun didedahkan sebelum ini, F 450 GS ini dikuasakan enjin parallel-twin 450cc yang dibangunkan bersama TVS di India. 

Kali ini, BMW dengan rasminya memaklumkan bahawa enjin serba baharu itu menawarkan 48hp pada 8,750rpm dan 43Nm pada 6,750rpm. Angka kuasa itu meletakkan F 450 GS ini dalam kelas sama dengan CFMoto 450MT. 

Menurut BMW, enjin baharu ini menampilkan crankshaft dengan crankpin offset pada 135-darjah dan dipadankan dengan balancer shaft tunggal yang berfungsi mengurangkan gegaran enjin. 

BMW turut mendakwa bahawa tangki 14L yang ditawarkan mampu membawa motosikal tersebut sehingga 340km dengan setiap isian penuh. 

Pakej elektronik merangkumi tiga mod menunggang – Rain, Road dan Enduro serta ABS Pro. Selain itu turut disenaraikan termasuk Dynamic Brake Control, Dynamic Traction Control dan engine drag control. Kesemua ciri ini didatangkan secara standard. Namun, pelanggan boleh membayar ekstra sekiranya mahu mengaktifkan mod Enduro Pro. 

Segala maklumat motosikal boleh diakses menerusi paparan meter TFT berwarna 6.5-inci yang juga didatangkan secara standard. 

Casis pula terdiri dari fork USD 43mm dari KYB dan central spring strut KYB (dengan pelarasan pra-beban dan rebound damping). Meskipun menawarkan imej lasak namun F 450 GS ini didatangkan dengan rim 19-inci depan berbanding 21-inci. 

Pakej brek terdiri dari kaliper brek Brembo 4-piston depan dengan cakera 310mm dan brek ByBre belakang dengan cakera 240mm. 

Ketinggain tempat duduk adalah 845mm namun BMW menawarkan pilihan pelana yang lebih rendah dengan 830mm dan 865mm. 

GALERI: BMW F 450 GS 2026

Google ads
Back to top button