Motosikal

RASMI: AVETA NOVA 250 KINI DI MALAYSIA – RM14,388

AVETA Malaysia dengan rasminya memperkenalkan skuter maxi terbaru menerusi AVETA Nova 250 yang boleh didapati dengan harga jualan RM14,388. 

Atas kertas, motosikal ini menawarkan pelbagai ciri moden termasuk skrin TFT 7-inci yang boleh disambungkan ke telefon pintar, dashcam hadapan, pengecas USB, sistem keyless, lampu LED penuh, TPMS (tyre pressure monitoring system), ABS dwi-saluran dan traction control. 

Menggerakan NOVA 250 ada enjin satu silinder 244.3cc SOHC yang berupaya menjana 25.5hp pada 6,500rpm dan 23Nm pada 6,500rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi CVT.

Kelengkapan lain ditawarkan termasuk fork teleskopik, penyerap hentak berkembar dengan tabung gas, cakera brek tunggal dengan dengan kaliper brek 4-piston depan dan 2-piston di belakang. Tangki bahan api pula berkapasiti 12L dan menyumbang kepada berat keseluruhan 165kg.

GALERI: AVETA NOVA 250 

Google ads
Back to top button