Motosikal

HELMET RED BULL X KYT MENDARAT DI MALAYSIA – DARI RM499

Peminat motosikal tempatan berpeluang menambah koleksi helmet dengan kerjasama terbaru oleh TCP Red Bull Malaysia dan jenama helmet terkemuka, KYT. 

Kolaborasi terbaru ini dilancarkan secara rasmi ketika minggu MotoGP Malaysia yang berlangsung pada Sabtu. 

Bagi pasaran tempatan, kolaborasi istimewa ini melahirkan dua model membabitkan helmet open face dan helmet full-face. Bagi model open-face, orang ramai boleh memiliki KYT TTR-Jet edisi Red Bull dengan harga jualan RM499 manakala versi full-face, KYT TT-Revo edisi Red Bull dijual pada harga RM719

Kedua-dua menampilkan rekaan eksklusif Red Bull X KYT yang menerapkan elemen dan grafik yang menjadi identiti jenama masing-masing. 

Bagi yang terlepas hadir ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena MotoGP Malaysia boleh mendapatkan kolaborasi terbaru ini di pengedar sah KYT seluruh negara. 

Google ads
Back to top button