BuletinMotosikal

SERIUS KELAKAR. BERTUMBUK WAKTU PERLUMBAAN. HAHAHAHA!

Tadi, anak sulung Abang Japar tunjukkan video ni dalam akaun instagramnya. Memang kelakar. Berlumba siap boleh bertumbuk. Kemudian Abang Japar cari maklumat lanjut dan jumpa kisah penuh acara perlumbaan merangkap pertumbukan profesional ni.

Insiden ini terjadi di Costa Rica dalam satu perlumbaan Nasional negara tersebut. Ia melibatkan dua orang pelumba iaitu Jorge Martinez dan Marion Calvo yang awalnya telah mencetuskan aksi panas dalam perlumbaan pusingan sebelumnya yang diadakan pada awal bulan lalu.

Video tersebut dirakam ketika persaingan di laluan lurus antara dua pelumba bermasalah ini. Ketika aksi perlumbaan di laluan memecut antara keduanya berlaku, Jorge Martinez cuba menghimpit untuk memintas Marion Calvo.

Beliau bagaimanapun hilang kawalan dan terpaksa berpaut pada bahagian belakang motosikal Marion Calvo sehingga terbabas ke bahagian sisi litar.

Tidak berpuashati dengan insiden itu, Martinez menghayunkan penumbuk dan berlakulah aksi pergaduhan bangang yang kau ni nak berlumba ke nak wrestling?

Apapun, kejadian yang rare begini memang memalukan dan juga kelakar. Hahahaha!

Menurut laporan, akibat dari pergaduhan ini, kedua-dua pelumba ini telah digantung selama 24 bulan oleh Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) Amerika Latin.

Insiden ini mengingatkan kami pada pergaduhan di litar perlumbaan kapcai di Indonesia satu masa dulu. Siap tunggu kat selekoh sambil baling tayar!

Google ads
Back to top button