Buletin

SUSPEK LANGGAR MATI SYED MUHAMMAD DANIAL AKAN DITUDUH DI BAWAH SEKSYEN 302 ESOK

Lelaki yang melanggar sehingga mati Syed Muhammad Danial Syed Syakir selapas insiden pergaduhan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat simpang Bangi akan dituduh di bawah Seksyen 302.

Jika sabit kesalahan, suspek akan dikenakan hukuman mati madatori. Tuduhan akan dibacakan di Mahkamah Kajang esok. Dia sebelum ini telah direman selama 12 hari dan berakhir pada 17 Ogos lalu.

Pada 10 Ogos lalu, suspek dan mangsa bergaduh selepas berlaku kemalangan kecil di antara kedua-dua mereka. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Sadzil Ahmat memberitahu, kemalangan itu berlaku selepas plaza tol Sungai Besi.

Pergaduhan menjadi tidak terkawal apabila mangsa dikatakan merosakkan bahagian hadapan kereta suspek menggunakan kayu besbol.

Tidak berpuas hati, suspek kemudian melanggar mangsa dengan keretanya. Mangsa kemudian dikejarkan ke Nilai Medical Centre untuk mendapatkan rawatan sebelum meninggal dunia di sana.

sumber: Astro Awani

Google ads
Back to top button