Buletin

ANGGOTA POLIS TRAFIK DITAHAN MEMANDU LAWAN ARUS

Seorang anggota polis trafik ditahan kerana memandu secara berbahaya dengan melawan arus selain disyaki berada di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian padaĀ 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ia susulan pihaknya menerima satu rakaman video berkaitan sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya menyongsang arus di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.

Katanya, bertindak atas makluman sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Bahru Selatan telah berjaya menahan pemandu berkenaan yang merupakan anggota polis lelaki berumur 25 tahun di sebuah stesen minyak.

ā€œHasil siasatan kita dapati anggota polis terbabit dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ini tidak bertugas ketika kejadian dan menggunakan kenderaan persendirian.

ā€œKes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak lebih daripada RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih lima tahun,” katanya dalam kenyataan.

Ayob Khan berkata bagi kesalahan di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 pula, denda tidak lebih RM30,000 dan penjara dua tahun serta hilang kelayakan memandu tidak kurang dua tahun boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

Jelasnya lagi, polis Johor juga akan memastikan bahawa siasatan dijalankan dengan telus dan suspek akan dituduh di mahkamah.

“Polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pegawai dan anggotanya yang melanggar undang-undang,” katanya. -Bernama/Kosmo

Google ads
Back to top button