Motosikal

POLIS KEDAH LUPUS 1,385 UNIT AKSESORI MOTOSIKAL YANG DIUBAHSUAI 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah telah melupuskan ribuan aksesori motosikal yang telah diubahsuai ketika Majlis Pelupusan Komponen-Komponen Motosikal Barang Kes Trafik Siri 2 2025. 

Sebanyak 1,385 komponen motosikal yang diubahsuai telah terlibat dalam program pelupusan kali ini melibatkan 574 unit swingarm, 546 unit ekzos, 109 unit fork, 15 unit karburator, 3 unit ECU, dan 138 unit lagi komponen lain-lain.  

Menurut kenyataan media Polis Kedah, pelupusan itu melibatkan nilai rampasan lebih RM131,000. 

Difahamkan terdapat banyak lagi barangan rampasan yang sedang menunggu arah mahkamah untuk tindakan pelupusan setelah sitaaan terhadap 21,811 komponen motosikal dibuat sebelum ini. Komponen terbanyak disita adala ekzos dengan 9,575 unit dan swingarm dengan 6,768 unit. 

Menariknya, operasi menyita komponen motosikal ini membawa kesan yang signifikan bagi Kontinjen Kedah selepas terdapat penurunan kadar kemalangan jalan raya bagi Januari hingga Oktober 2025 berbanding tempoh sama pada tahun 2024. 

Google ads
Back to top button