Buletin

RECALL BEBERAPA KALI, HYUNDAI MUNGKIN HENTIKAN JUALAN KONA EV DI KOREA SELATAN

Walaupun model elektrik Hyundai Kona merupakan salah satu EV paling popular di Eropah, beberapa panggilan semula memberi impak besar di pasaran Korea Selatan.

Panggilan semua itu dibuat akibat beberapa insiden kebakaran menyebabkan Hyundai disaman dan masalah sistem brek. Perkembangan tersebut membuatkan Hyundai mungkin menimbang untuk menamatkan jualan Kona elektrik di sana.

Biarpun begitu, jualan di pasaran Eropah akan diteruskan seperti biasa. Enggan memberi komen mengenai perkembangan itu, Hyundai sebaliknya memberitahu sedang menilai beberapa pilihan ketika sibuk untuk melancarkan model Ioniq 5.

Pada Oktober lalu, Kona EV dipanggil semula berikutan risiko litar pintas. Masalah itu mungkin disebabkan oleh kecatatan pada sel bateri voltan tinggi.

Recall untuk menaik taraf perisian dan menggantikan bateri itu melibatkan 25,564 unit Kona EV yang dihasilkan di antara September 2017 hingga Mac 2020.

Isu sama turut membuatkan GM terpaksa memanggil semula 70,000 unit kenderaan yang dipasang dengan bateri sama keluaran  LG Chem.

Satu lagi panggilan semula melibatkan 50,864 unit Kona dan kenderaan sel bahan api Nexo kerana masalah brek sistem elektronik.

Masalah tersebut disebabkan oleh kerosakan perisian yang bukan sahaja menjejaskan varian Kona EV, malah model hibrid yang dihasilkan mulai Mei 2019 hingga November 2020.

Apa yang pasti, menamatkan jualan Kona EV di pasaran sendiri bukanlah sesuatu yang mudah buat Hyundai.

Google ads
"
"
Back to top button