" "
Buletin

ASEAN NCAP. KEPUTUSAN PENUH CAMRY, X70, CH-R DAN ARUZ

ASEAN New Car Assessment Programme atau ASEAN NCAP adalah satu agensi yang ditubuhkan oleh Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) dengan kerjasama Global New Car Assessment Programme.

Agensi ini bertanggungjawab menjalankan ujian pelanggaran bagi model-model baru kereta yang akan dijual di Malaysia dan juga sekitar Asia Tenggara.

Terdapat DUA ujian yang akan dibuat terhadap kereta baru iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan juga Perlindungan Penumpang Kanak Kanak (COP.)

Markah penuh bagi AOP adalah 50% dan COP 25%.

Bagi teknologi mengelakkan kemalangan (ABS, ESC, sistem peringatan tali pinggang kaledar, sistem amaran titik buta) dan Teknologi Bantuan Keselamatan Termaju ( Lane Departure Warning System, Automated Emergency Braking, Forward Collision Warning System, Lane Keeping Assist) akan membawa markah 25%. Kesemua markah dari ketiga-tiga bahagian ini akan membawa kepada markah penuh 100%

Pada awal 2019, agensi ini telah mengeluarkan laporan berkenaan 3 Kenderan Utiliti Sukan dan sebuah sedan dijual di Malaysia iaitu Toyota CHR, Toyota Camry, Perodua Aruz dan Proton X70.

Kesemua model yang dijual berjaya memperoleh penarafan 5 bintang bagi ujian kemalangan yang dijalankan

Toyota CHR yang diuji untuk pasaran Malaysia dilengkapkan dengan 7 beg udara, sistem anti gelincir ESC dan menggunakan cesi baru Toyota Global New Architecture berjaya mendapat markah 49.72% bagi perlindungan penumpang dewasa, 20.86% bagi perlindungan kanak kanak dan 20.73% dan 20.73% untuk Safety Assist.

Toyota CHR mendapat penarafan 5 bintang dengan 91.31% markah keseluruhan

Sama seperti CHR, Toyota Camry juga merupakan kereta yang dibina di atas platform serba baru Toyota New Global Architecture turut mempunyai 7 beg udara termasuk 1 beg udara lutut, dan sangat penting kerana kebanyakan pemandu Malaysia yang lupa menggunakan signal membelok, menyimpan otak mereka di sini

Camry berjaya mendapat markah 91.47% (AOP 49.04% + COP 22.68% + 19.75% Safety Assist) dan melayakkan Camry mendapat penarafan 5 bintang dalam ujian keselamatan walaupun Camry menggunakan enjin yang sedikit canggih dari Myvi 1.5.

Perodua Aruz kenderaan utiliti sukan dalam segmen B berjaya mendapat markah 5 bintang ujian pelanggaran ASEAN NCAP.

Aruz berjaya mendapat markah 43.25 bagi perlindungan penumpang dewasa, 21.01 bagi perlindungan kanak kanak, dan 22.22 bagi kategori Safety Assist.

Sistem Advance Safety Assist 2.0 yang digunakan berjaya membantu Aruz mendapat markah yang tinggi bagi kategori Safety Assist.

Kenderaan Utiliti Sukan pertama keluaran Proton iaitu X70 turut cemerlang dalam ujian perlanggaran ASEAN NCAP dengan mendapat markah 48.99% bagi kategori Perlindungan Dewasa, 20.80% bagi perlindungan kanak -kanak, dan 19.44% bagi kategori Safety Assist.

Proton X70 mendapat 89.23% markah keseluruhan dan layak menerima penarafan 5 bintang dari ASEAN NCAP

Atas usaha yang dilakukan oleh MIROS dan ASEAN NCAP, semakin banyak kereta yamg dipasarkan di Malaysia menjadi semakin selamat untuk dipandu sekaligus mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya.

Ataupun anda masih terfikir untuk memasang tilam angin di kerusi belakang myvi?

Google ads
Back to top button