BuletinMotosikal

MOTOGP INDONESIA 2021 DAN RISIKO PENGANJURANNYA

Hampir pasti, Indonesia bakal menjadi venue ke 21 pusingan kalendar MotoGP pada tahun 2021. Tak lama, cuma dua tahun lagi dan pelbagai spekulasi, rumour dan pendapat berbeza tentang lokasi terbaru ini.

CEO Dorna Sports Carmelo Ezpeleta memberitahu “Ini adalah projek yang unik kerana kami akan membina litar bandar bertaraf dunia. Dan ini adalah negara yang mana penduduknya memang gilakan MotoGP. Indonesia juga adalah pasaran motosikal yang penting. Kami juga akan menjadikan Lombok sebagai Superbike World Championship yang membolehkan penduduk Asia Tenggara menyaksikan dua acara besar dalan setahun”

Menurut laman web Speedweek, Lombok memang terkenal dengan pantai yang cantik dan pusat peranginan bertaraf dunia namun negara tersebut berada dalam lingkungan Lingkaran Pacific Ring of Fire yang berisiko terjadinya gempa bumi dan tsunami kerana keberadaannya juga sebagai sebuah pulau.

Kejadian gempa bumi besar dicatatkan pada 5 Ogos 2018 dengan 7.0 sekala Richter. Lebih 80 peratus bangunan musnah atau rosak, 400,000 orang kehilangan tempat tinggal dan 480 hilang. Agak kerap berlaku sebenarnya malah pada 28 Februari lalu turut tejadi gempa bumi kecil pada magnitud 4.7 skala Richter.

Bukan sahaja gempa bumi, malah cuaca di sana juga sukar diduga. Pada 2017 dalam acara kejohanan Motocross World Championships yang diadakan di Kepulauan Bangka, trek perlumbaan bertukar menjadi lumpur sepenuhnya akibat hujan lebat tanpa henti.

Selepas pusingan latihan, Pengarah Perlumbaan berpendapat bahawa perlumbaan terlalu bersiko dan tak selamat. Perlumbaan kemudiannya dibatalkan.

Google ads
Back to top button