
POLIS CARI PEMANDU PROTON X7O BENAR KANAK-KANAK KELUARKAN KEPALA DARI SUNROOF
Polis sedang mengesan pemandu Proton X70 yang membenarkan kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui sunroof (bumbung tembus cahaya) seperti rakaman tular di media sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi sembilan saat berkenaan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter, @nabilahroslan, jam 12.15 tengah malam tadi.
“Dalam rakaman video itu memaparkan sebuah SUV (kenderaan uliti sukan) Proton X70 berwarna merah bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak dengan membenarkannya mengeluarkan kepala melalui sunroof kenderaan berkenaan.
“Berdasarkan rakaman, kejadian itu berlaku di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Subang Jaya menghala ke Bukit Lanjan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 336 iaitu atas perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.
“Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya sekali.
“Polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukan tindakan membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain,” katanya.
Beliau turut menyeru pemilik atau pemandu berkenaan dan saksi yang melihat kejadian supaya tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat trafik, Sarjan Mejar Mohd Yusof Hamzah di talian 011-23065984 bagi membantu siasatan,” katanya. – Harian Metro
- BACA: KENAPA ENJIN PROTON X50 & PROTON X70 BERBUNYI BISING? ENJIN KANCIL PUN BISING
- BACA: PELAKON AZHAN RANI PERSOAL NAK KEJE NAIK APA? X70 JERKING, MASIH DI PUSAT SERVIS
- BACA: POLIS KENYA BELI 30 UNIT PROTON X70 SEBAGAI KENDERAAN RASMI
- BACA: PROTON X70 1.5 TGDI EXECUTIVE AWD, HANYA TAMBAH RM 1000 SAHAJA DARI MODEL LAMA