Artikel PilihanMotosikal

“KEPALA” YAMAHA Y15ZR V2 MAMPU MILIK DARI RAPIDO

Jika anda masih berkira-kira nak menyalin kepala Y15ZR V1 kepada V2 tetapi masih kekurangan bajet, kini Rapido, pengeluar aksesori motosikal tempatan sudah mengumumkan produk terbaru mereka.

Kit pengubahsuaian Y15ZR V2 ini tidak memerlukan anda menukar keseluruhan sistem termasuk meter digital yang menyebabkan kos menjadi sangat mahal.

Sebagai contoh, jika menukar satu set kepala V2 yang terdiri daripada lampu LED, meter digital, suis kawalan kiri dan kanan, bar hendal dan kelengkapan pendawaian, ECU berserta “remote”, ia boleh mencecah harga sehingga RM2,500.

Pilihan kedua ialah menukar set V2 (Lampu LED), suis lengkap dengan meter digital TETAPI menggunakan kit sambungan soket kepada pendawaian asal V1 dan harganya sekitar RM1,500.

Menyedari tidak semua mampu berbelanja besar, Rapido telah menghasilkan produk retrofit bahagian lampu sahaja. Ia boleh dipasangkan bersama meter Y15ZR generasi pertama V1 menerusi kit lengkap yang mereka jual.

Kit ini terdiri daripada perumah kepala hadapan, lampu LED, inner di bahagian meter, inner lampu dan spoiler kecil sama seperti rekaan Yamaha Y15ZR yang asal.

Di laman web mereka tidak dinyatakan harga jualannya, namun semakan kami dengan beberapa orang penjual, harga pasarannya sekitar RM600 hingga RM650.

Adakah berbaloi?

Terpulang kepada minat masing-masing. Untuk membina satu unit lampu LED berteknologi penuh, kosnya masih mahal. Sebagai contoh, set lampu LED asal Honda RS150R berharga sekitar RM400 kalau rosak.

Ya. Itulah teknologi dan itulah harganya bagi lampu LED kerana ia dibina sebagai satu unit. Tak sama dengan “bulb” jenis halogen ataupun unit retrofit Mentol LED yang dijual di pasaran aftermarket.

Apapun, Hong Leong Yamaha akan melancarkan Yamaha Y15ZR V2 dalam tahun ini. Buat anda yang tak mahu bersusah-payah buat modifikasi, boleh tunggu versi V2 Hong Leong Yamaha.

Tapi dengar-dengarnya harga Y15ZR V2 ni naik pun boleh tahan juga lah…

GALERI

Google ads
Back to top button