Buletin

AUNTIE LI PANDU KERETA MAINAN DI JALAN UTAMA DITAHAN POLIS

Seorang wanita ditahan polis kerana dilihat memandu sebuah kereta mainan di satu persimpangan jalan yang agak sibuk di Quanzhou, China.

Ini bukanlah kali pertama dan terakhir pemandu sengal memandu kereta mainan di jalan raya awam. Wanita yang dikenali sebagai Makcik Li itu mendakwa dia memandu kereta berwarna merah jambu berlampu neon terang itu kerana hendak menjimatkan masa.  

Klip video CCTV yang disiarkan oleh polis kemudian dikongsi di laman sosial Weibo sebelum tular. Ia menunjukkan Li memandu ke satu persimpangan jalan pada waktu malam.

Dengan lampu yang terang, ia memang senang dilihat oleh pengguna jalan raya lain dan mungkin sukar untu menyebabkan kemalangan. Namun, polis tetap menahannya dan diberi saman kerana memandu secara cuai.

Polis turut merampas kereta mainan tersebut. Makcik itu memberi alasan bossnya meminta dia untuk memandu kereta berkenaan ke taman berhampiran untuk disewa kepada kanak-kanak di sana.   

Memandangkan dia mahu cepat sampai, Li mengambil keputusan untuk memandu dan bukan menolak kereta berkenaan.



Google ads
Back to top button