
KANAK-KANAK LELAKI ‘DATING’ PANDU KERETA MAINAN DI JALAN SESAK
Seorang kanak-kanak lelaki dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memandu sebuah kereta mainan bersama kanak-kanak perempuan di persimpangan jalan raya sesak di Utara China.
Menurut polis tempatan, rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak lelaki itu memandu kereta mainan SUV sambil membawa kanak-kanak perempuan tersebut di wilayah Hebei pada Ahad lalu.
Begitupun, kedua-dua kanak-kanak itu tidak cedera ketika mereka menaiki kereta tersebut melintasi sebuah persimpangan yang dilalui banyak kenderaan.

Mereka didekati seorang wanita yang berjaya menghentikan kereta mainan tersebut daripada terus bergerak di jalan raya.
Kanak-kanak itu dipercayai bermain dengan kereta mainan tersebut di sebuah kawasan perumahan sebelum memasuki sebatang jalan raya utama
Beberapa anggota polis kemudian turut menghulurkan bantuan.
Pihak polis kemudian menghubungi ibu bapa kanak-kanak tersebut yang kemudian membawa mereka pulang ke rumah. – dailymail
- BACA: SUV LEBIH BERBAHAYA KEPADA PEJALAN KAKI BERBANDING KERETA – KAJIAN
- BACA: IBU BAPA BAZIRKAN MASA SELAMA 4 HARI SETIAP TAHUN UNTUK MASUK DAN KELUARKAN ANAK DARI KERETA – KAJIAN
- BACA: nCoV: WANITA CHINA BELI MAKANAN GUNA KERETA KAWALAN JAUH
- BACA: AMARAN! JANGAN TUNJUK KERETA McLAREN INI PADA ANAK ANDA









