Buletin

NOMBOR 112 PADA AMBULANS MAINAN JADI PENYELAMAT

Tindakan pantas kanak-kanak berusia 5 tahun menghubungi nombor kecemasan 112 tertera pada ambulans mainan menyelamatkan ibunya.

Josh Chapman sedang  bermain bersama adik lelakinya apabila menyedari ibunya, Caroline tidak sedarkan diri di lantai rumah mereka berdekatan Telford, Shropshire.

Biarpun, tidak pernah menggunakan telefon, Josh bertindak menghubungi nombor 911 apabila terlihat ia tertera pada ambulans mainannya.

Ia merupakan talian kecemasan bagi negara Eropah yang berfungsi seperti 999.

Josh dapat menghubungi operator dan memberitahu ibunya tidak sihat dan mereka memerlukan bantuan.

Pegawai yang bertugas kemudian bergegas ke rumahnya di Telford, Shropshire untuk merawat ibunya.

Caroline pengsan kerana penyakit diabetes dan perlu dirawat dengan segera sebelum dikejarkan ke hospital.

Menurut Caroline, Josh memberitahu paramedik ibunya sedang bermain kereta sebelum menutup mata.

“Saya tidak tahu terdapat nombor kecemasan tertera pada ambulans berkenaan. Anak saya tidak pernah menggunakan telefon dan saya sangat berbangga dengan tindakannya,” katanya.

Sementara itu, Komander polis Telford, Superintendan Jim Baker berkata, pihaknya berasa kagum dengan tindakan pantas Josh dan dianggap sebagai hero kerana berjaya menyelamatkan ibunya.

“Dia sangat berani dan tunggu di talian sehingga kami berjaya sampai ke rumah mereka dengan bantuan kecemasan,” katanya. – dailymail

Google ads
Back to top button