Artikel Pilihan

PENCURI ‘BIJAK’ GUNAKAN FORD MUSTANG 67 PECAHKAN KEDAI ALAT PERMAINAN VIDEO

Beberapa orang pencuri yang terlebih bijak di Greece telah menggunakan sebuah Ford Mustang klasik keluaran tahun 1967 untuk merempuh sebuah kedai peralatan elektronik di Athens. Bahagian yang paling menarik tentulah kereta yang digunakan untuk memecahkan pintu masuk kedai tersebut.

Ini kerana ia adalah sebuah model yang cantik dan sangat susah ditemui di sana. Korang kenal tak Mustang mana satu ni? Bukan Mustang yang geng MLM pakai tapi model klasik. Alah, yang nama Eleanor dalam filem Gone in Sixty Seconds tu. Kenapa tak gunakan sebuah kereta lama ataupun yang lebih murah untuk memecahkan pintu kedai?

Kalau nak dikira hasil curian, ianya memang langsung tidak berbaloi kerana mereka cuma berjaya mencuri tiga konsol permainan Playstation sebelum segera melarikan diri. Menurut laporan, Mustang tersebut telah di curi pada malam sebelumnya.

Kereta tersebut rupanya ialah sebuah Ford Mustang Fastback 1967 yang kemudianya ditemui ditinggalkan dalam keadaan penuh dengan calar balar dan rosak teruk. Kedua-dua cermin depan dan belakang juga retak dan beberapa kesan kemik di bahagian badan.

Menurut pemilik sebenar, kereta tersebut baharu sahaja menjalani proses restorasi yang menelan belanja sekitar RM23,000. Tak adalah banyak sangat untuk sebuah Mustang klasik. Mungkin harga alat ganti kat sana tak mahal kot?

Sebuah Mustang klasik di Greece dianggarkan bernilai sekitar 30,000 hinga 70,000 euro (RM134k-RM321k) dan memang berkali-kali ganda lagi mahal daripada set konsol permainan video yang dicuri. Tapi nampaknya pencuri-pencuri bijak tu memang tak tahu langsung nilai Ford Mustang ataupun mereka ialah budak-budak tik-tok yang memang tak minat kereta.

Tapi sekurang-kurangnya pemilik Mustang ini masih bernasib kerana penyamun-penyamun tidak menjahanamkan terus kereta tersebut ataupun membakarnya. Kalau tak memang lagi sedih la si pemiliknya.

Google ads
Back to top button