
BAS EKSPRES BAWA PESAKIT COVID-19 LANGGAR PLAZA TOL UPM SERDANG
Sebuah bas ekspres yang membawa pesakit COVID-19, terlibat dalam satu kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang pada pukul 3 petang tadi.
Kejadian itu ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0.
Setakat ini, enam penumpang bas dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa terus ke MAEPS, Serdang untuk rawatan lanjut.
Keadaan pemandu bas dan pembantunya bagaimanapun masih belum dapat dipastikan.

Melihat kepada foto yang dikongsi oleh netizen, bas tersebut mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan akibat rempuhan itu.
Bas terbabit difahamkan membawa pesakit COVID-19 daripada Kluster Changkat Jong, Perak. Ia berlepas jam 10 pagi dan sepatutnya tiba di MAEPS, Serdang pada jam 1 tengah hari. – Berita Harian
- BACA: SEWA MCLAREN, BERLUMBA VS LAMBO HINGGA TERBABAS. JADI ‘BAHAN’ POLIS CALIFORNIA
- BACA: SEKOLAH AKAN DIBUKA, TETAPI BAS SEKOLAH TIDAK DAPAT SAMBUTAN
- BACA: SANGGUP BASUH BAJU DAN BARING ATAS LOPAK AIR. CARA HALUS SINDIR PEMIMPIN
- BACA: MOTOSIKAL TERBABAS, PENGHANTAR MAKANAN WANITA TUNGGANG YAMAHA R15 MAUT





