
PERODUA ATIVA VS PROTON X50 VS NISSAN ALMERA. SEMUA BAWAH RM80K.
Mesti ramai yang hairan, kenapa tiba-tiba masuk sebuah sedan dalam perbandingan 2 SUV paling popular di Malaysia. Ada beberapa persamaan antara ketiga-tiga model ini sebenarnya. Perodua Ativa AV, Proton X50 1.5T Standard dan Nissan Almera 1.0 Turbo VL sebenarnya berharga di bawah RM 80,000. Cuma kelebihan Perodua Ativa di sini ialah ia hadir dengan fungsi tambahan lengkap
Persamaan kedua ialah semua model di atas ditawarkan dengan enjin yang hampir sama iaitu 3 silinder turbo. Hanya Proton X50 datang dengan saiz 1500cc yang lebih besar dan berkuasa. Almera dan Ativa juga dilengkapi dengan ciri sistem amaran brek pra perlanggaran dan brek pra perlanggaran menjadikan ketiga-tiga model ini bersaing dalam satu tanda harga yang hampir sama.
Seperti yang sedia maklum, Perodua Ativa ini akan dilancarkan pada 3 Mac 2021 jam 8 malam secara maya di laman sosial. Ativa merupakan model pertama Perodua yang ditawarkan dengan enjin turbo, transmisi D-CVT, lampu LED pintar, dan pelbagai sistem pencegahan kemalangan. Malah varian terendah juga dilengkapi dengan ABS, EBD, VSC dan 6 beg udara

Bagi varian tertinggi Ativa dilengkapi dengan Lane Departure Warning, Lane Departure Prevention, Lane Keep Assist, Blind Spot Monitoring, Rear Cross Traffic Alert dan lampu LED Adaptive Driving Beam. Malah ia juga model pertama Perodua yang ditawarkan dengan ciri Adaptive Cruise Control, satu ciri apabila digandingkan dengan Lane Keep Assist akan mengurangkan keletihan jika dipandu pada jarak jauh.
Dalam trio ini, enjin 1KR-VET menghasilkan kuasa paling rendah iaitu sekitar 97 kuasa kuda dan 140Nm tork dengan gandingan transmisi D-CVT. Kelebihan Ativa ialah ia menggunakan petrol paling rendah dengan 18.9km bagi setiap liter petrol. Dengan tanda harga RM 73,400 Ativa banyak memberi ciri keselamatan tambahan namun saiznya paling kecil.
Jarak antara roda ialah 2525mm sahaja berbanding dengan Almera 2620mm dan Proton X50 2600mm. Namun model asal Daihatsu ini sebenarnya dihasilkan oleh mereka yang pakar dalam penggunaan ruang dalaman. Sebagai contoh ruang kargo Ativa menawarkan ruang sebesar 369 liter dan ruang tambahan sebesar 80 liter. Ini jauh lebih besar berbanding dengan X50 yang hanya menawarkan 330 liter sahaja.

Bagi Nissan Almera 1.0VL ia ditawarkan pada harga RM 79,906 merupakan varian terendah bagi Almera. Tapi dari segi harga ia sedikit mahal berbanding dengan Toyota Vios 1.5 J (RM 74,623), Proton X50 1.5T (RM 92,200) dan juga Honda City 1.5S (RM 74,191). Tapi Almera datang dengan 2 ciri tambahan yang tidak ditawarkan pada pesaingnya iaitu Intelligent Forward Collision Warning dan juga Intelligent Forward Emergency Braking
Ciri ini tiada pada Honda City walaupun varian V dan manakala Toyota Vios hanya menawarkan ciri ini pada varian E. Dari segi aspek keselamatan yang lain, Almera menawarkan ciri brek ABS, EBD, Vehicle Dynamic Control namun dengan 2 beg udara sahaja. Hanya varian VLP dan VLT sahaja menawarkan 6 beg udara. Sekali lagi dalam kategori ini, duo Yaris dan Vios menawarkan 7 beg udara walaupun dalam varian J.
Varian 1.0 VL juga hanya menawarkan lampu depan halogen sahaja, lampu DRL halogen berbanding dengan trio ini yang menggunakan LED. Namun dari segi saiz, Almera masih menangi. Jarak antara roda ialah 2620mm sangat besar dalam kelas ini dan ruang kargo ialah 480 liter. Enjin turbo Almera menawarkan 99 kuasa kuda dan 152Nm tork lebih tinggi dari Ativa.

Gandingan dengan transmisi CVT pula menghasilkan purata penggunaan petrol sekitar 18.4km/l tidak jauh berbanding dengan Ativa. Berdasarkan pengalaman pandu uji ringkas penulis, pengendalian di selekoh Almera 2021 sangat bagus jika dibandingkan dengan versi lama. Pada masa yang sama kualiti keselesaan Almera masih dikekalkan
Jika anda hanya ada bajet sekitar RM 80,000 dan mahukan sebuah kereta baru berkuasa turbo lengkap dengan sistem amaran dan brek pra perlanggaran maka Almera dengan rekaan tradisional 3 kotak adalah jawapannya. Namun anda mesti berpuas hati dengan hanya 2 beg udara, lampu halogen (Vios J dan Yaris J menggunakan lampu LED) serta sistem infohibur dengan sambungan USB dan bluetooth sahaja.
Tapi kalau anda mahukan SUV yang lebih berkuasa dan lebih bergaya dari sedan, maka Proton X50 1.5 T ialah jawapannya. Walaupun tidak sehebat 1.5TGDI, varian 1.5T masih menghamburkan 148 kuasa kuda dan 226Nm tork dari enjin 1500cc 3 silinder. Dari segi saiz, X50 lebih besar dari Ativa namun kalah pada ruang kargo yang hanya menawarkan 330 liter.

Namun dari aspek lain, X50 masih menawarkan ciri lain seperti cruise control pasif, 3 mode pemanduan (Eco, Normal, Sport), enjin boleh dihidupkan dengan alat kawalan jauh, corong penyaman udara belakang, lampu depan LED, sistem infohibur dengan sambungan internet dan arahan suara, LED DRL, dan beberapa ciri tambahan lain.
Cuma kekurangan varian 1.5T ialah ia tidak menawarkan ciri brek pra-perlanggaran, amaran brek pra-perlanggaran, amaran titik buta dan RCTA. Hanya 4 beg udara yang disediakan. Namun sistem Vehiscle Stability Control, Hill Start Assist dan juga Hill Decent Control masih disediakan. Secar purata penggunaan petrol bagi varian 1.5T ialah sekitar 15.3km bagi setiap liter petrol
Dengan harga RM 79,200 anda mendapat sebuah SUV dengan enjin 1500cc turbo dan transmisi DCT. Malah pada varian terendah juga, anda masih mendapat brek cakera. Jadi dengan harga bawah RM 80,000 anda rasa nak yang mana satu? Perodua Ativa AV, Nissan Almera VL atau Proton X50 1.5T?