Buletin

SANGGUP BASUH BAJU DAN BARING ATAS LOPAK AIR. CARA HALUS SINDIR PEMIMPIN

Sepasang suami isteri di Sumatera, Indonesia mempunai cara tersendiri untuk menyindir kelemahan pemimpin mereka dalam menyediakan infrastruktur yang lebih baik. 

Mereka membuat sesi fotografi di atas jalan rosak berlubang dan dipenuhi air. Apa yang menarik, wanita itu sanggup baring di dalam lubang jalan yang dipenuhi air kotor. Dia juga membuat aksi seperti seorang model terlatih. 

Selain aksi tersebut, dia juga duduk bersimpuh di depan lopak air seperti hendak membasuh baju. Dia kemudian memuat naik lebih 25 keping gambar ke laman Facebook dan mendapat perhatian warganet. 

Menurut Ummu Hani, 31, gambar itu sengaja dirakam bersama suaminya bagi menyindir pemimpin daerah Lampung Selatan yang sehingga sekarang gagal menyelesaikan masalah jalan rosak di Jalan Raya Tanjung Bintang yang menghubungkan dengan Jalan Dr Sutami. 

“Aku akui sengaja buat macam itu kerana sudah bosan melihat dan mendengar keluhan masyarakat tentang jalan rosak. Jalan itu akses utama penduduk Tanjung Bintang ke bandar, tetapi sedihnya…ia rosak dan berlubang di sana sini.

“Kadangkala menyebabkan kemalangan. Malah saya dan suami sendiri pernah alaminya sendiri,” katanya dalam portal Kompas.com

Menurut Hani, sesi fotografi itu dibantu suaminya, Dani Abdullah, 30, yang turut beraksi dalam beberapa keping foto.

Foto itu sebahagian cara halus untuk melepaskan geram dan mengecam kepada pemimpin setempat yang tidak mampu menyelesaikan isu jalan rosak sejak bertahun-tahun.

“Saya lebih gemar menggunakan cara sindiran macam ini berbanding mencipta kebencian sesuai dengan minat saya membuat konten video komedi. Syukur ramai menyokong usaha kami ini,” katanya. – Harian Metro 

Google ads
Back to top button