Buletin

BMW 430i COUPE M SPORT 2021. 285HP, BERMULA RM455K

BMW Group Malaysia ini  baru-baru melancarkan BMW 430i Coupé M Sport secara rasmi ke pasaran tempatan.

Jentera berprestasi tinggi itu dikuasakan oleh enjin empat silinder BMW TwinTurbo bersama sistem Valvetronic dan Double VANOS. Hasilnya, ia mampu menjana kuasa mencecah 258hp dan tork 400Nm.

Kuasa tersebut dipadankan dengan transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan yang telah dinaik taraf. Rangkaian kuasa itu menjanjikan pecutan 0-100km/j dalam masa cuma 5.8 saat dengan kelajuan maksimum 250km/j.

Biarpun begitu, ia tetap mampu menawarkan penjimatan bahan api sekitar 6.6l/100km

Pengendalian mantap BMW 430i Coupé M Sport disumbangkan oleh sistem Actuator Contiguous Wheel Slip Limitation. Selain penggunaan suspensi M Sport, brek M Sport serta stereng sport boleh ubah.

Model itu juga dilengkapi ciri-ciri seperti  dengan Dynamic Stability Control, Dynamic Traction Control, Cornering Brake Control, Dynamic Brake Control, brek ABS dan banyak lagi.

BMW 430i Coupé M Sport tampil dengan rekaan yang dinamik dan atletik. Berbanding model terdahulu, coupe itu kini lebih besar, lebar dan rendah.

Melihat dari arah sisi, anda akan perasan bahawa pintunya cukup panjang. Gayaan itu diserlahkan lagi dengan penggunaan rim M bersaiz 19 inci jejari berkembar dan angkup brek berwarna biru.  

BMW 430i Coupé M Sport didatangkan dengan Pakej M Aerodynamics, BMW Laserlights dengan ciri bantuan lampu tinggi, lampu kabus LED dan Shadow Line BMW Individual.

Ruang kokpit jentera itu memang sporty. Lihat sahaja kepada tempat duduk dibalut upholsteri kulit Vernasca, material bumbung Antrasit daripada BMW Individualdan kemasan aluminium tetragon.

Jalur M-specific juga menghiasi tali pinggang keledar di tempat duduk hadapan dan belakang.

BMW Live Cockpit Professional terdiri daripada paparan instrumen digital bersaiz 12 inci dan BMW Navigation System Professional dengan skrin sentuh 10.25 inci.

Nikmati lagu kegemaran anda menerusi sistem bunyi keliling dengan 16 pembesar suara daripada Harman Kardon. Sistem itu juga dilengkapi ciri  Bluetooth, USB serta pengecasan tanpa wayar.

BMW 430i Coupé M Sport ditawarkan dalam warna biru metalik, putih dan hitam. Jika berminat, anda sudah boleh menempahnya di https://shop.bmw.com.my/ dengan bayaran RM1,000.

Harganya? Bermula RM455,000 sahaja…

GALERI

Google ads
Back to top button