Buletin

BELI RUMAH INI, PAKEJ SEKALI DENGAN SUPERCAR BERNILAI RM133 JUTA!  

Sebuah rumah kini dikatakan menjadi hartanah paling mahal di Amerika Syarikat. Terletak di Bel Air, California rumah agam yang sangat mewah ini ditawarkan pada harga AS$250 juta (RM1.1 bilion), fully furnished.

Lebih menarik lagi, ia hadir bersama koleksi kereta yang komprehensif bernilai AS$30 juta (RM133 juta)!

Antara kereta yang ada ialah sebuah Pagani Huayra, Ariel Atom 500, Spyker, Ferrari 488, Rolls-Royce Dawn dan Mercedes 540 K Special Roadster tahun 1936 yang dipercayai bernilai AS$15 juta (RM66.5 juta).

BACA: PAGANI ZONDA TRICOLORE, HANYA TIGA UNIT DI DUNIA. SIRI NO.2 UNTUK DIJUAL

Memiliki keluasan mencecah 38,000 kaki persegi, harganya mengalahkan rumah sebelum ini yang dijual pada harga AS$195 juta (RM865.5 juta), terletak di Manalapan, Florida.

Rumah itu mempunyai 12 buah bilik tidur, 21 bilik air, tiga dapur, enam bar, sebuah bilik urut dan spa, pusat kesihatan, dua bilik menyimpan wain, bilik dengan sistem teater paling canggih di AS serta kolam renang infiniti seluas 85 kaki.

Dengan harga itu, ia juga hadir bersama tujuh orang pekerja sepenuh masa yang merangkumi seorang chef, pemandu dan tukang urut untuk dua tahun. Peh, tukang urut pun ada…

Sama ada akan dijual pada harga itu atau sedikit kurang, hartanah itu bakal memecahkan dua rekod. Rumah tunggal paling mahal pernah disenaraikan dan dijual di AS.

Ia memakan masa selama tiga tahun dan melibatkan lebih 300 orang pekerja untuk disiapkan. Dibina oleh pemaju ultra mewah, Bruce Makowsky, rumah tersebut didakwa dapat menarik minat generasi baru bilionair global.

“Kualiti dan perincian rumah ini memang tiada tandingan. Saya mahu mendefinisikan kembali apa yang dimaksudkan sebagai rumah ultra mewah,” kata Makowsky.

Dilaporkan, hanya beberapa orang bilionair, selebriti dan broker telah melihat rumah tersebut.

Kini, pemaju Nile Niami dilaporkan sedang membina sebuah rumah agam seluas 74,000 kaki persegi di Bel Air dan dijangka bernilai AS$500 juta (RM2.2 bilion).

Gila ke hape?!!

kredit foto: Bruce Makowsky/CNBC

Google ads
"
"
Back to top button