Artikel Pilihan

LEBIH 20 KENDERAAN MILIK RAJA DADAH BERTUKAR MENJADI KERETA PERONDA POLIS – BIJAK IDEA NI

Kalau polis Dubai cukup terkenal dengan koleksi kereta-kereta peronda mewah mereka kini giliran Turki pula mengecap populariti yang sama. Berbeza dengan Dubai, Turki lebih bijak kerana berjaya memperolehi kereta-kereta ini secara percuma. Haih, macam mana caranya?

Rupa-rupanya kesemua kereta ini merupakan kereta rampasan Kementerian Dalam Negeri dan Hakan Ayik, seorang ketua sindiket jenayah terancang dan raja dadah yang berasal dari Australia.

Ayik diberkas pada awal November lepas dan dengan tidak melengahkan masa kereta-kereta beliau telah dirampas dan diserahkan kepada polis Turki untuk dijadikan kereta peronda. Kini kesemua kereta tersebut telah pun bersedia untuk bertugas. Pantas betul set Turgi buat kerja ya.

Menurut Menteri DaLam Negeri Turki, Ali Yerlikaya, agensi beliau telah merampas 23 buah kereta dari raja dadah tersebut dan kini kesemua kereta tersebut telah dikenakan liveri kereta polis Turki. Antara koleksi tersebut termasuklah sebuah Ferrari 488 dan Bentley Continental GT.

Keduanya memang tidak sesuai untuk dilenjan sebagai kereta polis kerana kos penylenggaraannya yang tinggi tapi siapa yang nak komplen. Setakat komen netizen tu diorang tak peduli pun. Yang pastinya penjenayah akan berfikir panjang sikit kalau dikejar oleh supercar macam.

Terdapat juga model-model mewah lain seperti Mercedes-Benz, Volvo, Land Rover dan Audi. Menariknya terdapat juga model EV mewah iaitu sebuah Porsche Taycan. Siapa yang nak buat kerja sia-sia dengan cuba melarikan diri dari pecutan Porsche Taycan boleh cuba.

Satu je yang tak bestnya, sama seperti Dubai, kereta-kereta polis mewah ini hanya akan dipanggil untuk tugas-tugas tertentu. Dah tentulah sebab bukan murah nak selenggara kereta-kereta mewah macam ni.

Tapi untuk digunakan sebagai tarikan pelancong macam kat Dubai tu memang sesuai sangat.

Google ads
Back to top button