Buletin

ROLLS-ROYCE PERKENAL WARNA TERANG NEON NIGHTS. INSPIRASI DARIPADA KATAK HIJAU AUSTRALIA

Rolls-Royce baru-baru ini mengumumkan pilihan warna-warna terang dikenali sebagai Neon Nights untuk model Dawn, Wraith dan Cullinan Black Badge. 

Kalau nak tahu, warna tersebut diinspirasikan daripada tumbuhan dan binatang eksotik. Ia direka berikutan Koleksi Pastel 2019 yang cukup berjaya. 

Warna itu pada asalnya dibuat untuk pelanggan di United Kingdom. Ia terhad kepada tiga unit jentera untuk setiap warna berkenaan di seluruh dunia. 

Wraith Black Badge didatangkan dalam warna hijau terang (Lime Rock Green) yang diinspirasikan daripada katak hijau Australia. Ia ditemui oleh Pakar Cat Rolls-Royce, Sami Coultas ketika melancong ke Tamworth, utara Sydney.

Ruang kabinnya dilengkapi kemasan kulit Scivaro kelabu, bersama calitan warna hijau pada jahitannya. 

Model Dawn Black Badge pula tampil menawan dengan warna merah (Eagle Rock Red) yang meniru warna bunga pokok di Hawaii, Ohia lehua. Bahagian dalamannya menerima kemasan kulit Selby kelabu dengan jahitan merah ikan koi. 

Sementara SUV Cullinan hadir dalam warna ungu yang diilhamkan daripada rama-rama eksotik dikenali sebagai Rhetus periander. Spesis itu dikatakan hidup di kawasan tengah dan selatan Amerika. Ruang kabinnya dikontraskan dengan warna hijau terang. 

Warna pada ketiga-ketiga model tersebut kemudian diserlahkan lagi dengan efek cat khas. 

GALERI

Google ads
Back to top button