Buletin

FERRARI 488 BERNILAI RM1.38 JUTA BARU KELUAR KEDAI. GERAK 3.2 KM DAH KEMALANGAN

Seorang pemilik Ferrari yang baru membeli jentera mewah berkenaan hanya sempat memandu sejauh 3.2 kilometer sebelum terbabit kemalangan.

Lapor Mirror UK, jentera baharu itu dipercayai merupakan model Ferrari 488 dibeli pada harga £250,000 (RM1.38 juta).

Lelaki terbabit sempat memandu jentera berkenaan sejauh kira-kira 3.2 km sahaja selepas membeli Ferrari tersebut di Derby.

Melalui gambar dikongsi pihak polis, bahagian bonet hadapan jentera kelihatan remuk manakala terdapat kesan calar hampir di seluruh bahagian hadapan badan kereta sport berkenaan.

Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan cedera tetapi terpaksa mengira kos yang tinggi selepas terlibat dalam kemalangan itu.

“Derby. 1 April. Pemandu membeli sebuah Ferrari pagi tadi dan merempuhnya selepas memandu kurang daripada 2 batu. Tiada kecederaan. kata Unit Kepolisan Jalan Derbyshire di Twitter. – mirroruk

Google ads
Back to top button