,
Motosikal

HONDA MOTOR EUROPE JALIN KERJASAMA DENGAN AKRAPOVIC UNTUK WORLDSBK 2017

Honda Motor Europe baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Akrapovič untuk acara FIM Superbike World Championship (WorldSBK) 2017.

Kolaborasi itu bakal menyaksikan jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 yang ditunggang oleh pelumba Nicky Hayden dan Stefan Bradl dipasang dengan sistem ekzos Akrapovič yang inovatif.

Ini bagaimanapun bukanlah kerjasama yang baru di antara kedua-dua jenama tersebut dalam WorldSBK. Malah, pada tahun 2000 usahasama itu telah memberikan gelaran juara dunia pertama kepada Akrapovič menerusi jentera Honda VTR1000SP1 yang ditunggang oleh pelumba Colin Edwards. Kejayaan tersebut diulang sekali lagi dua tahun kemudian.

BACA: SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25 DAN RAHSIA KEHEBATAN AKRAPOVIC

Justeru, kerjasama teknikal baharu ini dijangka dapat membuahkan lebih banyak kejayaan di 13 lokasi perlumbaan WorldSBK musim 2017.

Akrapovič telah membangunkan satu sistem ekzos unik yang dibina khas demi mematuhi spesifikasi WorldSBK. Diperbuat daripada aloi titanium ringan yang istimewa, sistem ekzos itu direka untuk meningkatkan lagi prestasi jentera lumba tersebut.

“Kami memiliki kepakaran dalam membangunkan ekzos perlumbaan untuk jentera superbike Honda. Dalam tempoh kerjasama selama dua setengah tahun, Akrapovič telah menghasilkan 40 spesifikasi ekzos perlumbaan untuk Honda. Kami yakin bahawa pengalaman ini akan membolehkan Akrapovič menghasilkan ekzos terbaik untuk kegunaan pasukan Honda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Akrapovič, Uros Rosa.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button